Followers

Monday, October 29, 2012

Assalamualaikum...

Dah berhabuk baru nak hapdet kan..bila kemalasan melanda, camni la jadinya..syok baca blog org je..blog sendiri hampehh..;)

Harini genap my little princess 2 tahun...alhamdulillah, mempunyai kesihatan tubuh badan dan kecergasan akal fikiran yang baik, mulut dah makin banyak berceloteh, suka menyanyi, selalu nyanyi lagu kanak-kanak dia (twinkle-twinkle little star, baa baa black ship, wheels on the bus, old mcdonald had a farm, insyaAllah, selawat, lagu masterchef, oh my english pun dia bole nyanyi)...dah hafal abc, 1 2 3 - twenty, alif ba ta sampai habis, dah boleh ikut orang baca doa dan semayang...dah boleh disuruh...hehe..pasni bole suh tlg masak...best2..:-) syukur padaMu Tuhan..panggil aku mama, tp bapa yang sepatuttya panggil walid, dia panggil awak mcm aku selalu panggil...adeehh, kadang-kadang je die boleh panggil walid. nenek pun dia panggil mak..erm, xpe la Kamelia Irdhina, slow2 ye sayang..

Semoga anakku menjadi insan yang solehah dan berjaya dunia akhirat..Mama akan sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak mama..

Erm, xlama lagi dapat adik...lagi beberapa hari je lagi...tah hari ni, tah esok, tah lusa..Semoga dipermudah kan olehNya..Amin Ya Robbal Alamin..

Doakan aku ye kengkawan...;-)












~ i luv u all~

Monday, August 27, 2012

Checklist barang baby

Assalamualaikum semua....

Di kesempatan ini  walaupun dah raya ke-9, masih belum terlambat lagi nak wish Selamat  Hari Raya Aidilfitri  dan maaf zahir batin kepada semua yang mengenali dan seluruh umat islam..Semoga Aidilfitri tahun ini lebih mendapat keberkatan dan bermakna dari tahun sebelumnya..Amin..

Disebabkan persediaan raya dah setel, sekarang ni adalah masa untuk menyetelkan barang baby lak...yeay...yuhuu...sangat best shopping brg baby yang kiut miut tu..hehe....mmg xhengat..rasa macam semua nak beli...tp daripada membazir, better  check dl mana-mana barang si kakak yang boleh guna lagi, apa salahnya share je ngan kakak...cuma baju-baju newborn je yang mmg tak boleh guna dah..cian kat adik klu guna gak...dah lusuh sesangat...

Hari Sabtu lepas aku dah mulakan projek shopping, mengemas dan membasuh baju-baju yang masih boleh guna...sangat-sangat penat hokeyyy....tapi bila fikir utk yang tersayang, kena kuat semangat! hopefully baby nnt menjadi orang yang kuat semangat jugaa!

ok korang, check it out! see u...=)







~ i luv u all~

Doa buat anak

"Ya Allah , peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan , tidak ada penawar melainkan penawar-Mu , penawar yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah , Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .
Ya Allah anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna , berakal dan bijaksana , alim dan beramal .
Ya Allah, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan , sihatkanlah tubuh badannya ,dan indahkanlah akhlaknya , fasihkanlah lidahnya , perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.
Ya Allah, Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Mengasihani, semoga Engkau memakbulkan doa-doaku ini..."
Aaamin Ya Robbal A'lamin....

~ i luv u all~

Monday, June 4, 2012

Selamat Pengantin Baru..

Assalamualaikum..

Hai semua!!! dah lama betul aku tak update kan..hmmm....rasa malas sgt..gambar pun dah berlambak dalam draft tu ha...;-)

Cuti sekolah ramai orang kawen kan....den pun kawen time cuti sekolah gak, tapi ujung taun...orang kata ujung taun musim ujan...nasib baik time aku dl tak ujan...dah siap sanding, dah nak maghrib baru ujan...time  tgh photoshoot ...haha...ingat lagi...tp skang ni dah tak kira ujung taun ke, awal taun ke..panas ujan dah tak menentu....tul tak...skang ni  musin panas..fuhhh....berpeluh2....nak keluar rumah pun malas..takut sunburn!!wahaaaha...padehal takut pening & pitam...klu tido kat rumah berpeluh2....masam satu badan tak hengat punya bau...huhuhhhuu..

Tapi, ni bukan nak cerita pasal aku kawen, nak cerita pasal kawan lama yang amat baik dah kawen...yeay....cik ani dah kawen..!!!hihiii..sangat suke tengok die kat atas pelamin dengan cantek sekali...dan nama die akan tetap 'cik' sampai bila2 coz her real name is Cik Nor Aizawani...so, lepas kawen jadi Puan Cik....hehehe....so nice...

Sangat seronok bila dapat tau die akan kawen...seronok sebab dapat jalan2 kat kelantan...maka, dengan tak sabar2 aku pun plan untuk bercuti terus kat sana....yeay...!!!


tu dia Puan Cik Ani...hehe...
tgok anak dara aku...berkerut...orang suh smile, die meronta nak turun...hrmmm..nak kena2....hihi...



yang ni baru mud anak dara ok cikit...dah tak berkerut...

Selamat Pengantin Baru buat Cik Ani dah husband...
Semoga berbahagia ke akhir hayat hingga ke syurga...
Cepat2 plan utk tambah rezeki ye...den dah nak masuk dua..hehehe..




~ i luv u all~

Monday, April 23, 2012

Khasiat Kurma


Sabda Rasulullah SAW: “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

       Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A dan C dan juga niasin. Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.

Dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.

Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.



Nabi Muhammad SAW bersabda:
Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”

         Adalah amat baik sekali jika wanita yang hamil mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, dalam al-Qur’an terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.

Manfaat Kurma:

a) Tenaga Serta-merta
Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang Maghrib atau tarawih.
Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga.
Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.

b) Kulit Mengandungi Serat, Sumber Utama Potassium
Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar.
Selain itu ia mengandungi pelbagai zat galian dan yang paling banyak ialah potassium. Potassium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf. Kurma adalah sumber terbaik potassium. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potassium tetapi jumlahnya sedikit.

c) Menguatkan Ingatan
Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.



d) Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

e) Meredakan Tekanan Darah
Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

f) Menambah Tenaga Seksual
Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin.
Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.

Sesunguhnya, kurma sangat diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.
Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya 50 hingga 57% glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi.
Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh.
Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga

~ i luv u all~

Thursday, April 19, 2012

Khasiat Madu (esp utk yg preggy cam aku...;-) )



“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “ buatlah sarang-sarang di bukit-bukit dan ditempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat obat yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan” (An-Nahl: 68-69)


KHASIAT MADU ASLI

A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.


B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.



KELEBIHAN

1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.


2. REMAJA:
Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.


3. WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.


4. LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.


5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)


6. UNTUK SEMUA:
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.


CARA MENGGUNAKANNYA
1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.


KEAJAIBAN MADU SANG LEBAH

Setiap kali penggunaan Madu Lebah, mulakan dengan Bismillah......
disambung dengan Solawat ke atas Nabi Junjungan 3 kali. Gunakan dengan penuh yakln.

SAPULAH MADU JIKA ANDA

a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera dan luka terlindung dari kuman.

MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN
a) Makan bersama roti / biskut.
b) Bahan membuat kuih / kek.
c) Goreng atau panggang ayam.


KHASIAT DAN KEBAIKAN MADU


A) IBU MENGANDUNG

1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

B) ANAK DALAM KANDUNGAN
1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman cahaya mata.
2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh kuasa dalam madu asli.
4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.


C) BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
4. Mengelak dari kembung perut bayi.


D) BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.
b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan lain-lain.
c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
d) Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata.

Monday, March 5, 2012

Suka duka Januari (2)

Assalamualaikum...

Hai olls..

Lama gila aku tak menyambung cite pasal suka suka Januari tu kan..tup..tup...dah Mac..? Apakah..? Huhuhu

Oke la, aku pun tak nak cite panjang2...juz nak share gambar masa my lil one demam hari tu...cian sangat2..pastu lak, 2 minggu lepas pun demam lagi...tonsil die membengkak lagi...betul lah ape yg doktor cakap, klu tak bagi antibotik dengan konsisten selama 7 hari, kemungkinan besar tonsil akan bengkak lagi..huhu....sangat betul!

Lagi sekali aku berulang alik ke klinik disebabkan itu...dan kali ini, aku bagi ubat dan antibotik dengan konsisten sekali...dengan harapan dan sentiasa berdoa semoga Allah sembuhkan anakku dan berilah kesihatan yang sempurna buat anakku...

Alhamdulillah, tak sampai seminggu, dalam 4 hari camtu, my lil one da bole menyusu dan makan serta badan pun dah tak panas lagi.. Aku bersyukur padaMu Ya Allah...Janganlah tonsil anakku bengkak lagi..

Tapi minggu lepas, aku diuji sekali lagi apabila my lil asyik korek telinga kiri dia...bila aku tengok dan cek, rupanya ada cecair yang kuar dari situ...apakah itu? huhu...ingatkan nanah! pastu aku hidu dan tengok balik betul2, xde bau dan bukan warna kuning cam nanah tu...dia cecair berwarna jernih...pastu, xde tunggu lama2 sbb telinga dan mata ni takboleh buat main2..harus peka! esok pagi2 aku bawak pergi klinik kat bawah rumah dan jadi orang pertama..siap tolong bukakkan pintu lagi...huhu..cek dengan doktor, doktor cakap memang ada kes apabila bayi selsema, die tak keluar pada saluran yang betul! akan keluar ikut jalan belakang, tu yang menyebabkan tonsil dan keluar ikut telinga..jahat lah kau selsema!

Bila dah dengar penerangan doktor dengan jelas, barula rasa lega ckit, tp kene follow up balik smggu untuk pastikan telinga dan tonsil die ok..camni la nak besarkan anak2...mcm2 benda yang akan kita lalui...semoga anakku sihat dengan sempurna..aminn


 Masa ni badan dia tgh panas sgt.sampai tgn aku ni terasa kepanasannya..dengan air liur meleleh, tekak sakit tak boleh nak telan...bibir pun jd tebal dan merah menyala sbb panas..

Sembuh demam, badan dia keluar bintik2 ni lak...ni posisi belakang...kurus sangat! demam seminggu terasa kesusutan bdn dia..




Tapi sekarang dia dah oke....dan semoga kesihatan dia sentiasa dilindungi Allah...nak jadi kakak kan...eh? hihihi..


See u olls next entry...daa....


Assalamualaikum...:-)



~ i luv u all~

Friday, February 3, 2012

Suka duka Januari (1)

Assalamualaikum uolls..

Byk sgt benda nak cerita..tp jari jemari yg gumuks ni cam dah berat nak menaip panjang2...huhu...so, pendekkan cerita je la..

Sian my lil..2 mggu duk taska terus demam panas seminggu..dan pertama kalinya dia demam panas yang bersuhu tinggi...39.7c uolls...doktor cakap 40c boleh kena sawan tarik!..nauzubillahiminzalik...nasib aku cepat bawak pergi klinik malam tu..

Sebelum ni dia demam selsema biasa je..dan tak pernah berlarutan sampai seminggu..dan dah pastinya aku lah mama yang paling risau dan kalut...tak tido siang malam menjaga anak..dalam masa seminggu je nampak sangat kesusutan badan dia..mana taknya, demam panas kan, dengan tekak kering, merengek sepanjang hari, tak menyusu 4 hari sebab tonsil, makan yang tak berapa nak masuk..sian sangat.... lepas tu ruam kat alat sulit sampai bernanah!...Ya Allah, sungguh aku tak perasan  ada ruam kat celah2 tempat itu..huhu...makanya, setiap hari lah aku berulang alik ke klinik..

Banyak spekulasi yg menyebabkan dia demam.. ada yang kata sebab rindu nenek, pastu tak serasi dengan taska...fobia n trauma akibat ketakutan yg teramat sangat sampai demam lah...erm, aku diam seribu bahasa...maybe yes, maybe no..

Atas permintaan mil, 2 hari aku jaga kat rumah, 3 hari mil aku jaga...so, husband ulang alik putrajaya-cheras- kajang time pagi, kadang2 putrajaya-kajang-cheras (sbb nak punch dulu), pastu time balik kajang-cheras-putrajaya..huhu..klu orang dewasa pun boleh rasa keletihan travel camtu setiap hari, apatah lagi baby yg baru setahun 3 bulan..yang tak pandai berdiri dan berjalan lagi...dengan demam dan suhu yang tak menentu, my lil terpaksa travel 3 hari berturut...hati ibu mana yang tak risau...dan mungkin tu jugak, demam dia berlarutan...sebab badan yang tak rehat sepenuhnya..

Setiap malam aku kol mak dan buat loudspeker bg my lil dengar suara nenek dia...bila dengar suara nenek, kadang2 dia diam, kadang2 lagi dia lagi merengek macam sedih sangat....klu ikutkan hari, malam tu jugak nak balik kg mengubat rindu si anak kecil, tapi bila fikir kan husband dan kerja, tangguh dulu...sampai hari Jumaat, rasa macam dah tak tertanggung perasaan sedih tgok anak, mlm tu jugak dengan hujan lebat dan risiko jem sbb cuti CNY, kitorang bergerak balik kg..nasib balik, my lil tido sepanjang perjalanan..

Dan alhamdulillah, rindu si cucu pada nenek terus terubat...hilang panas badan...nenek pun sedih tengok cucu yg susut badan dan tak boleh menyusu...huhu...hilang demam, campak ruam lak tumbuh satu badan...penuh 1 badan... dan sebab gatal, merengek lah lg my lil sepanjang hari..hari ke dua duk kg, bawak pergi berubat kg....rupa2nya my lil 'ketegur' oleh arwah atuknya...huhu..yela, tu sebab orang2 tua selalu kata, klu anak demam panas, tak boleh tinggal2kan dia walau sekejap...


~to be cont..(penat menaip..) ~

~ i luv u all~